Aktiviti sosial Hanafi Ramli

Beliau pernah menjadi Setiausaha Kelab Baling ; Pengerusi Persatuan Pelajar-pelajar Islam Cawangan Negeri Kedah (1967 - 1969) dan Persatuan Belia Bimbingan Alor Star (1969 - 1973). Persatuan ini menjurus ke arah pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu yang gagal meneruskan pelajaran mereka di sekolah kerajaan.


Beliau juga menjadi Setiausaha gerakan Pertubuhan Belia 4B (1969 - 1978) ; Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Kedah (1978 - 1981); Setiausaha Majlis Belia Negeri Kedah ; Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia ; Exco Belia Majlis Malaysia ; Setiausaha Agung Pergerakan Belia 4B Malaysia dan Ahli Majlis Perunding Belia Negara.

Hanafi Ramli juga bertanggungjawab menubuhkan Yayasan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Negeri Kedah.